Sunday, 9 April 2017

PERKAHWINAN SESAMA JANTINA MENURUT PANDANGAN ISLAM

PERKAHWINAN SESAMA JANTINA MENURUT PANDANGAN ISLAM


PENDAHULUAN


Islam mengakui bahawa manusia memiliki hasrat yang sangat besar untuk melangsungkan hubunganseks. Oleh kerana itu, hukum Islam mengatur penyaluran kemasalahatan biologis tersebut melalui 
perkawinan yang telah ditetapkan berdasarkan Alquran dan hadis yang bertujuan untuk menciptakan kebahagiaan dan merialisasikan cinta dan kasih sayang antara dua insan yang selain jenis(lelaki dan wanita). Walaupun Islam telah mengatur hubungan biologis yang halal, namun 
penyimpangan tetap terjadi baik berupa penzinaan, homoseksual.

Semua itu terjadi kerana dorongan biologis yang tidak di kontrol dengan baik.
Masalah seks banyak dipermasalahkan oleh manusia dan merupakan suatu
hal yang menarik untuk dikaji, sebab manusia dalam kehidupan memiliki dua hal
naluri, Iaitu:
 1) Keperluan makanan untuk mempertahankan hidup
 2) Keperluan seks untuk mempertahankan keturunan.

Secara rasmi seks dihalakan bagi siapa saja yang telah melaksanakan pernikahan, kerana adanya 
pernikahan. Namun dewasa ini timbulnya masalah seks yang dilakukan sebahagian masyarakat
hanya sekedar untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja. Mereka umumnya terdiri dari lelaki-lelaki dan wanita yang telah gagal menemukan suatu kehidupan yang terhormat dalam sebuah
rumah tangga yang normal.

Oleh kerana itu, dapat mengetahui bahwa perbuatan semacam itu penyimpangan dan kekejian,
maka Allah berfirman dalam Alquran yang berkenaan dengan kisah
Nabi Lut dalam surat al-A’raf ayat 80-81.


Oleh kerana itu, dapat mengetahui bahwa perbuatan semacam itu
penyimpangan dan kekejian, maka Allah berfirman dalam Alquran yang berkenaan dengan kisah nabi Lut dalam surat al-A’raf ayat 80-81.



Dan Nabi Lut juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu ? “sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

Ayat tersebut menggambarkan perbuatan kaum nabi Lut yang sangat melampaui batas dan akan menimbulkan impak yang kuat kerana dapat merosakkan akal dan jiwa, menimbulkan kerosakan akhlak dan persembahan masyarakat. Di antara sebab timbulnya homoseksual kerana nilai perempuan sudah terlalu rendah akibat dari pergaulan bebas menyebabkan orang bosan terhadap
perempuan sehingga mereka beralih perhatian kepada sejenisnya. Sebagaimana dikisahkan dalam Alquran tentang perbuatan kaum nabi Lut yang sudah puluhan abad dan telah dihancurkan oleh Allah, namun kisah tersebut tidak dijadikan tauladan, bahkan dewasa ini di dunia dilanda revolusi seks yang jauh melampaui batas dan ketentuan agama. Hal ini boleh dilihat dari kenyataan, bahwa sementara itu risalah banyak diedarkan buku-buku, foto-foto cabul, filem-filem porno, iklan-iklan
yang membangkitkan nafsu seks serta adanya lokasi-lokasi pelacuran yang semakin meluas.


MAKSUD PERKAHWINAN SAMA JANTINA

Perkahwinan sama jantina ialah perkahwinan dua orang yang sama jantina iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Ia dikelaskan sebagai perkahwinan sejenis dan merupakan perkahwinan bukan lumrah.
  
SENARAI NEGARA YANG MENGIKTIRAF PERKAHWINAN SESAMA JANTINA

1. Argentina
2. Belgium
3. Brazil
4. Kanada
5. Denmark
6. Perancis
7. Iceland
8. Belanda
9. New Zealand
10. Norway
11. Portugal
12. Afrika Selatan
13. Sepanyol
14. Sweden
15. Uruguay
16. Beberapa negeri di A.S.

HUKUM ISLAM

Dalam sistem hukum Islam, homoseksual merupakan kejahatan yang patut dihukum. Dalam isu homoseksual antara dua lelaki dan dua perempuan, pihak yang aktif harus dihukum sebat seratus kali jika ia tidak beristeri dan dibunuh jika ia beristeri, sedang pihak yang pasif harus dibunuh tanpa peduli sudah beristeri atau tidak. Namun ulama feqah telah sepakat atas keharaman homoseksual dan penghukuman terhadap pelakunya dengan hukuman yang berat. Hanya ulama sahaja yang ada perbezaan pendapat dalam menentukan ukuran hukuman yang ditetapkan bagi hukuman pelakunya. Menurut Imam Shafi’i bahawa had terhadap pelaku homoseks adalah dihukum bunuh meskipun pelaku tersebut masih bujang, baik yang mengerjakan mahupun yang dikerjakan.  
Larangan homoseksual yang disamakan dengan perbuatan zina dalam ajaran Islam, bukan hanya merosak kemuliaan dan martabat kemanusiaan tetapi risikonya lebih berat lagi iaitu dapat menimbulkan penyakit kancer kelamin, AIDS dan sebagainya. Sudah tentu, perkahwinan waris yang telah menjalani operasi pengganti kelamin dengan lelaki-lelaki dikategorikan sebagai praktek
homoseksual kerana tabiat kelakianannya tetap tidak boleh diubah oleh doktor meskipun ia sudah memiliki kelamin perempuan buatan.
Maka disini terlihat kesempurnaan ajaran Islam dalam menetapkan suatu
larangan bagi manusia. Larangan tersebut mengandung unsur tanggungjawab, sebagai hamba kepada tuhannya dan unsur kesihatan manusia yang menjadi salah satu sarana untuk meneruskan hidupnya di dunia ini.

HUKUM BAGI PELAKU HUBUNGAN SAMA JANTINA

Menurut sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas:


Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma , ia berkara, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa saja yang kalian dapatkan melakukan perbuatan homoseksual, maka bunuhlah kedua pelakunya.”

Akan tetapi para ulama berbeza pendapat mengenai jenis dan bentuk hukuman yang dikenakan kepada pelakunya. Timbulnya perbezaan ini karena perbezaan dalam menginterpretasi dalil-dalil yang bersumber dari al-Qur’an, al-Hadits dan atsar (fakta sejarah sahabat). Mereka berbeza pendapat mengenai hukuman yang layak diberikan kepada para pelakunya.
Perbezaan yang muncul hanya mengaitkan dua hal. Pertama, perbezaan sahabat dalam menentukan jenis hukuman. Kedua, perbezaan ulama dalam mengkategorikan perbuatan tersebut, apakah dikategorikan zina atau bukan? Perbezaan ini berimplikasi terhadap kadar atau jenis hukuman yang dikenakan.

PENGHARAMAN PERLAKUAN HUBUNGAN SEJENIS DARI PERSPEKTIF ISLAM
Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk berpasang-pasangan dan fitrahnya akan tertarik kepada jantina yang berlainan. Peraturan dan fitrah ini tidak hanya ditentukan kepada manusia, malah kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, haiwan mendatangi jantina sesama jenis begitu juga tumbuh-tumbuhan. Tetapi sejarah manusia melakarkan perbuatan tidak normal ini dan melanggari fitrah sepertimana yang berlaku pada zaman Nabi Luth sehingga Allah telah menurunkan bala yang dasyat disebabkan oleh kerosakan dan maksiat yang berlaku oleh manusia pada masa tersebut.
     Hari ini, sejarah kembali berulang yang mana perlakuan tersebut dianggap sangat normal dan diterima oleh masyarakat. Malah, sesetengah negara membenarkan perbuatan ini secara sah disisi undang-undang dan pasangan sejenis diberi kebenaran untuk berkahwin.
Antara dalil menunjukkan perlakuan hubungan sejenis haram disisi islam adalah seperti:

Firman Allah bersabda dari surah Al-Syu’araa ayat 165-166


Islam memandang isu melakukan perubahan kepada diri atau badan sebagai perkara yang bercanggah dengan agama islam. Pembedahan untuk menukar jantina sama ada daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya jelas bercanggah dengan hukum syarak. Perbuatan ini adalah haram kerana ia semata mata mengikut hawa nafsu, terpedaya dengan godaan syaitan, tidak mensyukuri nikmat kejadian diri dan termasuk dalam kategori mengubah kejadian Allah.

PERLAKUAN HUBUNGAN SEJENIS DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG SYARIAH

Perlakuan hubungan sejenis merupakan suatu kesalahan dibawah undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri, peruntukan kesalahan adalah seperti berikut:
1) Liwat
2) Lelaki berlagak seperti perempuan
3) Perempuan berlagak seperti lelaki
4) Musahaqah
5) Perhubungan jenis luar tabii
6) Pondan
7) Hubungan jenis antara orang yang sama jantina
Peruntukan-peruntukan di atas adalah merangkumi semuaa peruntukan yang ada di dalam akta, enakmen dan ordinan di negeri-negeri seluruh Malaysia. Sebagai contoh peruntukan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 adalah seperti berikut:

Seksyen 25, Liwat.
Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh di denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan selama tempo tidk melebihi 3 tahun atau di sebat tidak melebihi 6 sebatan atau di hukum dengan mana-mana kobinasi hukuman itu.

Seksyen 26, Musahaqah.
Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh di denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan selama tempo tidak melebihi tiga tahun atau di sebat tidak melebihi 6 sebatan atau di hukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Seksyen 28, Orang lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila di sabtikan boleh di denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau di penjarakan selama tempo tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

PERBEZAAN PENDAPAT EMPAT MAZHAB

1. Imam Abu Hanifah (pendiri mazhab Hanafi) berpendapat:
“Praktik homoseksual tidak dikategorikan zina dengan alasan: (1) karena tidak ada unsur (kriteria) kesamaan antara keduanya. Unsur menyia-nyiakan anak dan ketidak jelasan nasab (keturunan) yang tidak dapat dalam praktek homoseksual, (2) berbezanya jenis hukuman yang diberlakukan para sahabat”.
Berdasarkan kedua alasan ini, maka Abu Hanifah berpendapat bahwa hukuman terhadap pelaku homoseksual adalah ta’zir (diserahkan kepada penguasa atau pemerintah).
Menurut Muhammad ibnu al-Hasan asy-Syaibani dan Abu Yusuf (kedua-duanya anak murid Abu Hanifah): “Praktik homoseksual dikategorikan zina, dengan alasan adanya beberapa unsur kesamaan antara kedua-duanya, seperti: (1) tersalurnya syahwat pelaku, (2) tercapainya kenikmatan (kerana penis dimasukkan ke lubang dubur), (3) tidak diperbolehkan dalam Islam, (4) menumpahkan (menyia-nyiakan) air mani.
   Berdasarkan alasan-alasan tersebut, Muhammad Ibnu al-Hasan dan Abu Yusuf berpendapat bahwa hukuman terhadap pelaku homoseksual sama seperti hukuman yang dikenakan kepada pezina, iaitu kalau pelakunya muhshan (sudah menikah), maka dihukum rajam (dilempari dengan batu sampai mati), dan kalau ghairi muhshan (bujang), maka dihukum sebat dan diasingkan selama satu tahun.

2. Imam Maliki berpendapat
 “Praktek homoseksual dikategorikan zina, dan hukuman yang setimpal untuk pelakunya adalah dirajam (bila ia baligh, berakal, dan tidak dipaksa), baik pelakunya muhshan (sudah menikah) atau ghairi muhshan (masih bujang)”.

3. Menurut pandangan Imam Syafi’i.
“Praktek homoseksual tidak dikategorikan zina, tetapi terdapat kesamaan; bahwa keduanya sama-sama merupakan hubungan seksual terlarang dalam Islam. Hukuman untuk pelakunya ialah: kalau pelakunya muhshan (sudah menikah), maka dihukum rajam; kalau ghairi muhshan (bujang), maka dihukum sebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun”.
 Pendapat ini sama dengan pendapat Said bin Musayyib, Atha’ bin Abi Rabah, an-Nakha’i, al-Hasan dan Qatadah.

4. Pandangan menurut Imam Hambali.
 “Praktek homoseksual dikategorikan zina. Mengenai jenis hukuman yang dikenakan kepada pelakunya beliau mempunyai dua pendapat: (1) dihukum sama seperti pezina, kalau pelakunya muhshan (sudah menikah) maka dihukum rajam, dan alau pelakunya ghairi muhshan (bujang), maka dihukum sebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun. Pendapat inilah yang paling kuat. (2) dibunuh dengan dirajam, baik pelakunya muhshan maupun ghairi muhshan”
 Terlepas dari pendapat para ulama di atas, dapatlah dikatakan jika hukuman dari perbuatan keji ini sangatlah pedih dan memalukan. 
Setelah mengetahui hukum perbuatan keji ini dan hukuman bagi pelakunya, maka jelaslah kekeliruan pendapat yang mengatakan bahwa hubungan sejenis itu merupakan kelaziman yang dibuat oleh Allah dan berlepas diri dari yang mereka katakan secara dusta. Adapun sikap bagi seorang Muslim, bila dibacakan kepadanya ayat Allah Azza wa Jalla , hendaklah ia tunduk dan patuh pada perintah, dan menjauhkan diri dari larangan-larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala . Hendaklah seseorang berjalan sesuai fitrahnya (naluri suci) yang selalu mengarahkan jiwa manusia ke arah kebaikan. Janganlah sesekali mencuba untuk menghindari fitrah dan mengikuti hawa nafsu yang dapat menghantarkannya pada perbuatan fasik.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. [ash-Shaff/61:5].


Allah Azza wa Jalla juga melarang orang-orang yang mengada-ada tentang suatu hukum dalam syariat Islam. Allah Azza wa Jalla berfirman, yang artinya, “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta (ini halal dan ini haram), untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya, orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung. [an-Nahl/16:116].

KEBURUKAN

   Sejak akhir-akhir ini, isu gejala yang tidak sihat semakin menular terutamanya dalam kalangan remaja. Antara Isu yang hangat diperkatakan ialah hubungan cinta dan hubungan sejenis. Fenomena ini  menjadi semakin ketara dalam masyarakat kita hari ini. Perkara ini amat membimbangkan sesetengah pihak serta menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat. Kewujudan fenomena baharu iaitu Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgander atau lebih dikenali sebagai LGBT ini amatlah membimbangkan. Sebenarnya gejala yang tidak sIhat ini bukanlah suatu fenomena baharu tetapi istilah LGBT merupakan istilah yang baharu diperkenalkan serta hangat diperkatakan. Hal ini menjadi lebih rumit apabila ada pihak yang cuba pertahankan golongan LGBT ini. Malah pihak tersebut cuba membuat permohonan kepada pihak berkuasa supaya golongan ini mendapat pengiktirafan di Malaysia. Namun, bagi masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama yang baik serta nilai moral yang tinggi, sudah pasti menolaknya dan melihat ianya sebagai satu gejala yang tidak sIhat dan tidak bermoral.
   LGBT bukan lagi isu asing dalam negara kita. Walaupun ianya menjadi isu yang disembunyikan oleh pihak tertentu namun, ianya tersebar luas melalui media baharu. Secara logiknya, gejala LGBT ini menyalahi fitrah manusia yang normal. Aktiviti yang dilakukan oleh pengalamal LGBT ini bertentangan dengan kehendak agama dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Setiap makhluk yang diciptakan oleh ALLAH adalah yang terbaik kerana ALLAH merupakan pencipta yang terbaik. Walau bagaimanapun, ianya kembali kepada kehendak individu tersebut dalam memandu diri mereka ke jalan yang baik atau sebaliknya.
Fenomena LGBT ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada agama, individu serta masyarakat. Paling menyedihkan, makin ramai umat Islam yang terlibat dengan gejala ini. Walhal, perkara ini bertentangan dengan pendirian Islam yakni yang menentang gejala seperti ini. Dalam usaha untuk menangani gejala ini, kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang berat ialah terdapat sebilangan pihak yang menyokong pengiktirafan LGBT ini. Tanpa kita sedari, jika isu LGBT ini tidak ditangani dengan pantas dan cekap, ia akan mengganggu gugat kedudukan agama Islam selaku agama rasmi di Malaysia.

KESAN

Kepesatan perkembangan LGBT dalam negara ini amat membimbangkan. Ramai anak muda yang sudah terjebak dan terikut-ikut dengan aktiviti mereka. Gejala ini sangat memberi kesan kepada agama, negara dan masyarakat. Kegiatan dan aktviti yang mereka lakukan amatlah memalukan dan menjijikan hingga ada antara mereka sudah berani memdedahkan gambar-gambar aksi bersama pasangan di facebook, twitter dan Instagram. Pernahkah kita terfikir, apakah kesan-kesan yang terpaksa kita hadapi akibat daripada perbuatan mereka? Berikut merupakan kesan daripada gejala LGBT ini :

i. Kesan Kepada Individu
Seseorang yang terlibat atau melibatkan diri dalam kancah LGBT ini ibarat terjun ke dalam sebuah kolam kotor yang sangat dalam dan sukar untuk naik semula. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada mereka yang menyertai gejala ini tanpa berfikir panjang. Malah ada antara mereka yang pandai berlakon. waktu siang hari bekerja seperti biasa, dan malam hari mereka “bekerja” sebagai pelayan di kelab-kelab malam terutamanya.
   Tanpa kita sedari, mereka yang terlibat dalam gejala ini telah menyebabkan maruah mereka tercalar. Hidangan yang akan mereka perolehi ialah cemuhan, makian, ejekan, sindiran dan kata-kata kesat daripada orang sekeliling. Di barat, sudah ada pasangan sejenis yang berkahwin dan hidup seperti suami isteri. Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Walaupun mereka tidak berkahwin, tetapi mereka tinggal serumah atau mungkin menyewa bilik dan tinggal sebilik.

ii. Kesan Kepada Masyarakat

   LGBT bukan lagi satu rahsia, ianya telah menjadi perbualan hangat di negara kita dan topik perbincangan dalam kalangan masyarakat. Mengapa ia menjadi isu hangat? Kerana ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada institusi kemasyarakatan. Golongan ini ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser. Dalam kehidupan bermasyarakat, seseorang yang tidak mematuhi peraturan masyarakat, ianya akan disingkirkan daripada masyarakat tersebut. Hal ini kerana mereka akan membawa masalah dalam masyarakat. Sebagai contoh, golongan LGBT atau ahli masyarakat yang terlibat dengan LGBT akan diusir oleh masyarakat kerana dikhuatiri akan mempengaruhi individu lain untuk menyertai mereka. Sekiranya ia berlaku, masyarakat yang terlibat akan menanggung malu dan kehormatan masyarakat tersebut akan jatuh.

iii. Kesan Kepada Agama

Agama adalah panduan hidup bagi pengantunya dan dalam agama mempunyai tatacara hidup yang sempurna dan baik. Yang pasti sama ada Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan agama-agam lain turut menolak LGBT ini. Mengapa? Kerana aktiviti LGBT ini amatlah dilarang dalam semua agama. Seperti yang telah diceritakan di awal lagi, kisah kaum sadum yang dibinasakan oleh ALLAH akibat perbuatan jijik mereka, sudah cukup membuktikan bahawa Islam menentang dan melarang umatnya terlibat dengan LGBT.
   Tujuan setiap perkahwinan adalah untuk meramaikan umat manusia di muka bumi ini. Setiap pasangan Islam haruslah melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Bagi Bagi merealisasikan tujuan ini, ia mesti melalui ikatan perkahwinan yang sah. Dan berlaku persetubuhan antara suami dan isteri.

SOLUSI HUBUNGAN SEJENIS
   
Untuk mengetahui solusi yang perlu diambil dalam pencegahan tindakan hubungan sejenis mahupun pengubatan bagi pelaku penyimpangan tersebut, sebaiknya kita mengetahui penyebab terjadinya homoseksual dan lesbian itu.
   Terdapat penyebab yang berbeza-beza yang mengakibatkan berbeza pula penanganannya. Penyebab utama yang sudah pasti menyebabkan fenomena ganjil ini adalah kurangnya iman yang membuat seseorang tidak tunduk dan patuh terhadap syari’at Islam yang sudah jelas mengharamkan praktek homoseksual dan lesbian ini. Selain itu terdapat penyebab secara psikologis, diantaranya trauma masa lalu (pernah mengalami pelecehan seksual, misal disodomi), membenci lawan jenis, keluarga yang tidak harmonis (ayah atau ibu yang kasar), atau pernah dikecewakan pasangan, dan lingkungan yang buruk (maksiat yang menghalalkan free sex, praktek homoseksual dan lesbian).
   Untuk mencegah praktek hubungan sejenis diantaranya pendidikan Islam sejak kecil, sehingga menjauhkan generasi muda dimulai dari sekadar fikiran negatif hingga perbuatannya. Iaitu pendidikan Islam secara benar dengan tunduk dan patuh terhadap syari’at Islam serta berjalan di atas fitrah sebagai manusia. Hubungan keluarga yang harmonis berlandaskan syari’at Islam serta lingkungan yang agamis juga memiliki peranan yang sangat penting. Selain itu, perhatian dari orang tua kepada anaknya sejak kecil (aktivitinya dan lingkungan di sekitarnya) dan perlindungan terhadap bahaya yang mengancam merupakan hal yang tidak boleh dilupakan. Sementara itu, dengan menyibukkan diri pada hal-hal yang bermanfaat seperti menuntut ilmu (terutama ilmu agama) juga menjadi benteng pertahanan yang akan menjauhkan diri dari orientasi aneh yang menjurus pada hubungan ganjil ini.
    Adapun jika seseorang tersebut sudah terlanjur memiliki keluarga yang tidak agamis dan harmonis, maka segeralah bentengkan diri dengan iman, sehingga tidak jatuh pada trauma mendalam yang memacu pada kebencian berlebihan terhadap lawan jenis. Sedangkan apabila berada pada lingkungan yang buruk dan penuh maksiat, hendaklah segera hijrah kepada lingkungan yang baik (terutama lingkungan agamis yang selalu mengamalkan syariat Islam secara baik).
   Diantara solusi yang dapat ditempuh oleh pelaku hubungan sejenis, adalah keinginan yang kuat untuk berubah dengan diawali taubat nasuha (tidak akan mengulangi kembali perbuatan dosa), kemudian berusaha secara sabar, sungguh-sungguh dan disiplin mengontrol hasrat diri, melupakan trauma masa lalu (apabila ia merupakan penyebab perilaku menyimpang ini). Selanjutnya dukungan dari orang-orang sekitar, baik para orang tua, kerabat dan teman yang baik, bahkan psikolog sangatlah diperlukan. Dengan melakukan terapi kognitif, seperti membangunkan kesadaran bahwa apa yang pelaku perbuat merupakan kesalahan tanpa menyudutkan dan menumbuhkan motivasi pada diri si pelaku. Juga dengan terapi behavior, yaitu si pelaku dimasukkan dalam lingkungan yang lebih bersih dan baik (terutama lingkungan Islami), yang mendukung kesembuhannya serta dijauhkan dari komunitasnya.

TINDAKAN ISLAM MENGATASI HUBUNGAN SESAMA JANTINA

Di dalam sejarah islam tidak pernah timbul kekecohan tentang masalah gay dan lesbian. Segala syariat islam diterapkan oleh negara masalah ini tidak akan wujud. Bukan itu sahaja, penerapan aturan islam juga akan menjadikan masyarakat hidup mulia, aman, dan terkawal. Terjadinya penukaran jantina mengikut nafsu adalah kerana perlaksanaan undang-undang ciptaan manusia yang menggalakkan kebebasan. Islam mengatasi masalah ini melalui pendekatan berikut :
1. Islam akan bertindak tegas bagi mengatasi masalah ini dengan melaksanakan hukuman mati bagi pelaku homoseksual, baik yang gay mahupun yang lesbian. Rasulullah bersabda yang membawa maksud “barangsiapa menjumpai yang berbuat homoseks seperti amalan kaum lut, maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukan(pasangannya)” [hadis bukhari, muslim, at-tarmizi, abu daud dan an-nasai]
2. Islam mengatur adab pergaulan yang menyelamatkan kita dari perilaku kaum nabi lut. Dalam pengaturan ini, ditetapkan bahawa :
a) Penampilan luar lelaki mestilah berbeza dari perempuan dan begitu juga sebaliknya. “rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai(perempuan) wanita, dan kaum wanita yang menyerupai penampilan para lelaki.[HR Bukhari]
b) Adalah haram melihat dengan liar aurat sesama jenis mahupun lawan jenis. “janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, jangan pula seorang wanita melihat wanita lainnya” [HR Ahmad, Muslim, Abu daud dan At-Tarmizi]
c) Tidak diperbolehkan tidur satu selimut dengan rakan sejenis apalagi lawan jenis. Peraturan ini juga berlaku untuk anggota keluarga yang sudah baligh. “janganlah seorang lelaki satu selimut dengan sesama lelaki, jangan pula tidur satu selimut dengan wanita lainnya,”[HR Ahmad, Muslim,Abu Daud dan At-Tarmizi]
d) Seorang muslim seharusnya redha dengan kedudukannya sebagai lelaki atau perempuan. Dia hendaklah faham akan qadha’ dan qadar dan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan Allah ke atasnya. Dia haruslah yakin Allah Maha Adil dan ia tidak sewajarnya mempertikaikan ciptaan Allah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perlakuan seks bebas antara lelaki dan wanita mungkin tidak memeranjatkan kita kerana ia berlaku dimana-mana. Namun, perlakuan seks bebas antara lelaki dengan lelaki wanita dengan wanita agak membingunkan dan memeningkan. Ini kerana tidak semua manusia dapat menerima hakikat itu. Ini kerana ia menyalahi tabiat semula jadi manusia. Jika ribuan tahun dahulu, kaum Lut telah di binasakan Allah kerana mengamalkan secara bebas seks antara lelaki dan lelaki, kini perbuatan ini timbul lagi.
Namun apa yang berlaku pada zaman kini kelihatannya lagi hebat. Mereka bukan sahaja menubuhkan persatuan atau pertubuhan GAY dan LESBIAN, malah mereka mendesak kerajaan mereka untuk membenarkan dan menghalalkan perbuatan mereka. Tidak cukup dengan desakkan untuk minta di halalkan, mereka kini semakin berani dengan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk mendapatkan hak mereka. Bukan nak mendapatkan hak untuk melakukan seks sesama jantina tetapi hak untuk berkahwin sesama jantina.
Gejala perkahwinan sesama jenis, hormoseksual mahupun lesbian harus dibanteras sejak dari awal sehinggan ke akar umbi kerana ianya jelas bertentangan dengan agama dan tabii manusiawi. Sudah tentu peranan patrikal pertubuhan belia untuk membantu kerajaan dalam menangani isu ini agar lahir negara yang maju tetapi di kategorikan sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur.

RUJUKAN
2. Ayat Al-Quran surah al-araf ayat 80-81







9. Ayat Al-Quran Surah Ash-Shaff ayat 61:5






PERKAHWINAN SESAMA JANTINA MENURUT PANDANGAN ISLAM

PERKAHWINAN SESAMA JANTINA MENURUT PANDANGAN ISLAM PENDAHULUAN Islam mengakui bah a wa manusia memiliki hasrat yang sangat besar un...